KUALA LUMPUR:Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa pengurusan pasukan itu meminggirkan bakat pelumba tempatan.
Mengambil contoh pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi, prinsipal pasukan Datuk Razlan Razali berkata banyak peluang diberikan kepada pelumba berusia 22 tahun itu, namun beliau gagal menjelmakan keputusan positif sepanjang dua musim bersama pasukan berkenaan sejak musim lepas.
"Saya sedar dan tahu ramai netizen kecam keputusan saya (tidak menyambung kontrak) Khairul Idham Pawi. Kita turunkan dia ke Moto3 (dari Moto2) sebab kecederaan yang dialami semasa Moto2 supaya boleh buat yang terbaik.
"Pada awalnya kita sasar kedudukan 15 terbaik atau cuba kutip mata pada setiap perlumbaan, tapi dia cedera, dan apabila dia sembuh kita beri dia masa untuk raih keputusan positif dan melakukan yang terbaik pada perlumbaan berikutnya.
"Kita suruh dapatkan sekurang-kurangnya kedudukan 20 terbaik, tapi tidak capai sasaran," tegas Razlan kepada Bernama, semalam.
Dalam pada itu, Razlan berkata pengurusan pasukan berkenaan tidak berhasrat menggunakan khidmat pelumba tempatan bagi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).
Beliau menegaskan pasukan itu hanya akan kembali membuka peluang kepada pelumba tempatan sekiranya mereka mencapai prestasi cemerlang dalam beberapa perlumbaan termasuk Kejuaraan FIM CEV Eropah yang merupakan landasan kepada pasukan MotoGP mendapatkan pelumba terbaik bagi pasukan masing-masing.
"Kita ada pelapis yang sedang dibangunkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), tapi mereka belum bersedia untuk tahun depan. Kita tidak mahu sekadar letak pelumba Malaysia, selepas itu jadi macam Khairul Idham. Netizen suruh letak pelumba Malaysia, bila dia gagal, kita pula kena kecam," katanya.
Baru-baru ini, Khairul Idham Pawi yang lebih mesra dengan panggilan Super KIP membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan persaraan daripada sukan permotoran.
Beliau gagal meraih sebarang mata dalam 13 perlumbaan Moto3 yang disertai pada musim ini bersama pasukan Petronas Sprinta Racing di bawah pengurusan Petronas Yamaha SRT.
Pelumba itu pernah melakar sejarah pada 2016 bersama Honda Team Asia apabila meraih dua kemenangan menakjubkan di trek basah dalam saingan GP Argentina dan Jerman, ketika berusia 18 tahun, sekali gus membolehkan beliau dinaikkan ke kelas Moto2 pada 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 09 2020
Razlan berkata pengurusan pasukan berkenaan tidak berhasrat menggunakan khidmat pelumba tempatan bagi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP). - Gambar fail
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Cub Prix Malaysia 2024: Akid laung amaran awal di Jasin
Md Akid memulakan aksi sesi kelayakan satu dengan catatan masa terpantas 49.491s, diikuti Md Iqbal Amri (50.083s) dan Md Aiman (60.088s).
Pelumba cilik, Maleeq Dragster cipta sejarah di Jepun
Maleeq berjaya menewaskan barisan pelumba dari negara lain, antaranya China, Jepun dan Thailand pada kejohanan di Tokyo Summerland itu.
ACC 2023: Pelumba negara kuasa besar Asia tiba di Malaysia
Lebih 400 pelumba termasuk 60 pelumba para bakal mengambil bahagian pada kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris itu.
Enam pelumba bawa cabaran TSG di Tour of Sharjah
Kejohanan selama lima hari di UAE itu, merupakan perlumbaan sulong pasukan berkenaan pada musim ini yang bertaraf 2.2.
Jazeman sasar podium perlumbaan European Le Mans Series
Jazeman berkata sasaran tersebut mampu direalisasikan jika sebarang kesilapan yang boleh mengakibatkan kemalangan dapat dibendung.
Ibu, keluarga, rindukan Shah Firdaus
Mereka terpisah sejak 2019 sehingga pelumba kelahiran Muar itu kini dalam dilema untuk menyertai Kejohanan Dunia di Perancis.
Terengganu pertimbang modul sekolah keirin di Jepun
Antara faktor utama Jepun berjaya melahirkan pelumba terhebat berbasikal trek ialah kerana kewujudan sekolah keirin yang melahirkan pelumba berpotensi.
Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh
Hafizh berkata, kelibat Rossi di litar menjadi inspirasi kepada bakat muda di seluruh dunia.
Tokyo 2020: Jangan pandang rendah kemampuan Malaysia dalam acara keirin
Meskipun cabaran Malaysia dalam saingan pecut berakhir lebih awal, ia tidak boleh menjadi kayu ukur kepada peluang Azizulhasni dan Shah Firdaus dalam acara keirin.
Tokyo 2020: Pelumba negara perlu ada taktikal ampuh dalam keirin, kata Rizal Tisin
Taktikal sangat memainkan peranan dalam usaha mereka mengintai pingat emas dalam keirin kelak.